Siapa Tera?Menteri Kewangan Baru Malaysia Tengku Zafrul Atau Lim Guan Eng 2020?
Siapa Tera?Menteri Kewangan Baru Malaysia Tengku Zafrul Atau Lim Guan Eng 2020?SUBSCRIBE http://youtube.com/c/wenghonnHi salam satu Malaysia. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul sebagai menteri kewangan yang baru untuk menganti Lim Guan Eng.Siapakah Tengku Dato Seri Zafrul ? Adakah Tengku berpengalaman cukup untuk memikul tanggung jawab yang seberat ini?Jom lihat perbandingan antara Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan Ex menteri kewangan Lim Guan Eng.Jangan lupa subscribe ke youtube channel saya ya. Terima kasih.Tuan Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan Malaysia bawah pentadbiran Tun Mahathir pada Mei 2018 .Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merupakan Menteri Kewangan Malaysia di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin mula 9/3/2020Tuan Lim merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Monash University, Australia dan seorang akauntan bertauliah.Tengku Dato Seri Zafrul Merupakan lepasan University of Bristol, United Kingdom dengan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dan turut memiliki Sarjana Seni (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari Universiti Exeter, United Kingdom Tuan Lim memegang jawatan eksekutif kanan dalam industri perbankan sebelum menyertai politik. Tuan Lim dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka untuk tiga penggal berturut-turut dari 1986 hingga 1998.Kepakaran Tengku Zafrul adalah dalam bidang pelaburan. Beliau mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam industri perbankan . Beliau adalah Ketua Pengarah Urusan CIMB Bank. Selain CIMB Bank, beliau juga pernah berkhidmat bersama Maybank, Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings, dan Avenue Securities.PolitikPada 1990, Tuan Lim dilantik sebagai Pengerusi Sosialis Muda Parti Tindakan Demokratik .Beliau menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP pada 1995 dan dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004. Tuan Lim dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004, 2008 dan 2017.Pada Mac 2008, beliau menerajui tampuk tertinggi kepimpinan Negeri Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri Ke-4, dan disusuli dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013 yang menyaksikan beliau mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua.Tengku Dato Seri Zafrul Tak ada pengalaman dalam politik tetapi beliau ada pelbagai pengalaman dari segi pelaburan dan kewangan.Beliau memulakan perniagaan Tune Money Sdn Bhd yang kemudian dibeli sepenuhnya oleh AirAsia pada 2015Sepanjang karier, beliau pernah memenangi Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN, Most Promising Entrepreneurship, Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia, Masterclass CEO of the Year dan banyak lagi.Beliau mewakili Malaysia dalam mempromosikan intra perdagangan dan kerjasama di rantau Asia Pasifik.Selanjutnya, sebagai seorang advokat pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau merupakan salah seorang ahli tertinggi Majlis Sukan Negara Malaysia, selain sebagai Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia.Apakah pendapat anda tengatng Tengku Dato Seri Zafrul Menteri Kewangan baru kita ini berbanding dengan Tuan Lim Guan Eng?Comment bawah.